Thursday 29 March 2012

IUI-The Day Has Come

Masa yang ditunggu2 telahpun datang.. pagi tadi lebih kurang jam 10 pagi prosedur IUI telah pun selamat dijalankan. Alhamdulillah tak rasa tertekan atau sakit. Pada saya Prosedur HSG 5 kali lagi sakit sampai rasa nak pengsan.. So kepada rakan-rakan yang masih belum bersedia membuat IUI ayuh... apa yang penting elakkan stress. Insyaallah semoga usaha ini mendatangkan hasil dan harapan yang dinanti selama ini.

Sebenarnya saya rasa syahdu sangat lepas prosedur tu, diminta oleh nurse untuk berehat di atas katil dalam 15-20 menit, masa tu entah kenapa tiba2 airmata menitis... mungkin kerana perasaan keibuan datang menerpa, Ya Allah kubermohon semoga kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, yang sempurna sifat, yang sihat dan semoga kehadirannya menambahkan lagi seri kehidupan kami sekeluarga.. ameen...

Waiting time...... mudahan ada rezeki kami....

4 comments:

  1. Insyallah. semoga ada rezeki utk dhia. 2ww la ni kn? good luck dear. all the best

    btw, salam perkenalan ;)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juge,

    Mudah-mudahan diterima usaha dan doa hambanya.. amin...

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah makbulkan doa2 kita ye.. aminnn.... Good Luck!!

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dr saya.. jemput singgah ke blog saya.. semoga usaha kita sama2 diberkati ALLAH..

    ReplyDelete