Tuesday 27 November 2012

Andai Itu Takdirnya.....

Salam....

Agak sedih.... the 3rd IUI masih belum rezeki kami.....

2 bulan kebelakangan ini.. banyak perkara terjadi yang agak memberi kesan emosi..... semoga pahit akan manis akhirnya.... aku redha ketentuannya...

Tuesday 6 November 2012

IUI 3.0

Pagi tadi dah pun selesai prosedur IUI, bangun seawal 5.30 pagi dan by 6.45 bertolak ke LPPKN, seperti selalu jem jer. 10 menit kul 8 baru sampai sana....

Prosedur mula jam 9.50, kali nih 2 orang jer... beliau baru jer 1 tahun kawen dah start buat treatment sungguh aku kagum dengan kesungguhan pasangan ini. itulah ukan senang nak dapatkan kesedaran.... mudahan beliau dan aku pregnant.

Walau dah 3 kali tetapi kali ini sakitnya lebih... siap berdarah lagi... perut ngilu2, badan panas tak kebah lagi....

Permudahlahkan urusan kami... Ameen.....

Saturday 3 November 2012

Scan 2

Alhamdulillah.... Jumaat g scan dan ada 3 telur yang membanggakan hehehehe. As a result, hari selasa = 6 Nov Prosidur IUI akan dijalankan.... so malam nih cucuk ubat puregon 200 iu dan malm esok pulak ubat pregnyl untuk pecahkan telur... mudahan IUI ke3 ini memberi perkhabaran gembira... InsyaAllah.

Sejak makan ubat puregon nih ada jiwa kacau, asyik nak marah, sensitif, serba tak kena, makan bertambah, badan panas,.... itulah antara kesan biasa yang akan dialami.... kuatkanlah semangat ku....

Wednesday 31 October 2012

Scan1

D10-Hari ni g scan, adalah bebrapa bijjik yang develope antara 10 hingga 14mm. malam nih cucuk lagi 200 unit puregon.... hoppefully lagi membesarlah.... Jumaat scan lagi... cost untuk hari nih RM511.


Semoga dipermudahkan....

Wednesday 24 October 2012

Appontment @ LPPKN - 3rd Treatment

Assalamualaikum.....

Lamanya saya berehat.... now dah kembali berkarya hiks... bukan apa setelah tak berjaya IUI ke-2 tu saya pun senyaplah sekejap.... semalam dah jumpa dr untuk buat IUI kali ke-3 dan last nih untuk IUI... dr pun ada inform lepas nih kalo nak buat treatment terus ke IVF.. kena prepare modal hahaha

Ubat saya kali ni dah bukan Gonal F, berdasarkan komen dr yang tindakbalas telur saya sangat slow.. makanya kali ini ditukar kepada Purgeon.. first time nak cucuk malam nie... basically sama jer cara cucuk... cuma dah beberapa bulan tak practice tu yang agak slow tuh nak ingat step... semua sekali kos untuk 1st Appoinment saya ialah RM1008.00. peningkatan sekaliganda lagi.. before nih 500 plus2 jer...

Hari ahad lepas saya dan suami ada ke darushifa... untuk dapatkan rawatan perubatan islam.  ustaz ada bagi air untuk minum dan juga minta kami amalkan surah maryam dan berdoalah dengan ikhlas pesanan ustaz tuh... InsyaAllah ..

Semoga Dipermudahkan... Amin.

Monday 2 July 2012

IUI 2.0

Alhamdulillah.... prosidur IUI telahpun berlangsung hari ni. Kini berserah pada Yang Maha Esa atas kurniaan rezeki dan selebihnya redha atas ketentuanNYA... Mudahan kami dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah cukup sifat dan bijak... Ameen....

Friday 29 June 2012

CD14

Rabu: 27 Jun:@ 10.00 pagi, Appointment untuk CD14, seperti kitaran sebelum ni... dah dijangka juga telur saya masih belum besar... doktor kata dia nak atleast 19mm tapi masa scan hari tuh semua bawah 17 satu jer 18mm. so hari ini seperti yang dijadualkan IUI tidak boleh diteruskan dan IUI akan dibuat pada hari Isnin minggu depan iaitu 2 Julai 2012.

Kepada yang mengikuti blog saya (ada ke ehheh), mohon dokan IUI saya pada hari Isnin ini berjaya membuahkan hasil.... InsyaAllah..

Tuesday 26 June 2012

Lembaran kedua...

Hai... Maaf  agak lama menyepi bukan merajuk tapi tiada aktiviti yang bagus untuk dikongsi... Bulan Mac kami telah buat IUI tetapi tidak berjaya.. kami berehat  untuk dua bulan... then this cycle kami teruskan untuk 2nd IUI. Esok ada appointment untuk lihat perkembangan telur-telur saya. masa D12, 25 Jun, telur masih kecil2 lagi paling besar pun 18mm x 9mm. So doktor tambah lagi ubat Gonal F. Jika keadaan telur ok.. Jumaat ini kami akan jalanai prosedur IUI. Expectation.. mudahan ada rezeki kami... InsyaAllah....

Wednesday 11 April 2012

Mencari Kekuatan Jiwa

saya dah PE pada senin lepas @ CD30, ia sangatlah sedikit sahaja, 10hb pun begitu.. saya berharap supaya ia adalah bukan darah PE, tapi hari ini..... kehadirannya sangatlah ketara maka dengan rasminya 1st IUI Tidak berjaya.

Sedeh? sudah tentu tapi.... redha dengan ketentuannya, percaya semua ada hikmah... berhasrat untuk mencuba 2nd IUI mungkin lepas 2 cycle.

Thursday 29 March 2012

IUI-The Day Has Come

Masa yang ditunggu2 telahpun datang.. pagi tadi lebih kurang jam 10 pagi prosedur IUI telah pun selamat dijalankan. Alhamdulillah tak rasa tertekan atau sakit. Pada saya Prosedur HSG 5 kali lagi sakit sampai rasa nak pengsan.. So kepada rakan-rakan yang masih belum bersedia membuat IUI ayuh... apa yang penting elakkan stress. Insyaallah semoga usaha ini mendatangkan hasil dan harapan yang dinanti selama ini.

Sebenarnya saya rasa syahdu sangat lepas prosedur tu, diminta oleh nurse untuk berehat di atas katil dalam 15-20 menit, masa tu entah kenapa tiba2 airmata menitis... mungkin kerana perasaan keibuan datang menerpa, Ya Allah kubermohon semoga kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, yang sempurna sifat, yang sihat dan semoga kehadirannya menambahkan lagi seri kehidupan kami sekeluarga.. ameen...

Waiting time...... mudahan ada rezeki kami....

Monday 26 March 2012

Scan Time (3)

TVS pada CD16: Dev telur masih macam yang lepas slow & steady, puas dah cucuk bagai pun masih cool.. kurang bertindak balas dengan ubat. Hari ini paling besar pun 15, yang lain ada 13 dan 12... so as a result, malam ni kena kena cucuk lagi 150- gonal F, esok malam cucuk prgnyl dan insayallah Khamis ni akan buat IUI.

Mudahan di permudahkan segalanya. Usaha & Tawakal...

Friday 23 March 2012

Scan Time (2)

Appointment ni untuk TVS CD13. Doctor bagi tau telur masih kecik lagi... alahai... sesi yang lepas 8mm, hari ini dapat 11mm setelah tambahan double dos Gonal F. Doktor kata perkembangan sangat slow...agak sedehla jugak... so Hari Senin tak boleh lagi buat IUI. Malam ni hingga Ahad cucuk lagi 150ui, senin TVS then jika saiz telur cantik barulah buat IUI hari Rabu (CD18), wahai telur2 ku membesarlah dengan cantik yer....
Penantian itu satu Penyiksaan....

Wednesday 21 March 2012

scan time

hari ini ke LPPKN buat scan untuk check telur. adalah sangat tak memberangsangkan telur2 itu tidak membesar seperti yg dirancangkan. so Dr mintak buat urine test tgk sama ada telur dah pecah atau tidak. sememangnya telur telur belum lagi pecah.. lagipun bari CD10. dr suh tambah lagi dos Gonal F, mulai malam ni dan esok... then jumaat buat scan, kalo ok hopefully by Senin depan akan buat IUI....

Now perut asyik cramping jer.. kesan ubat kah??

Thursday 15 March 2012

new cycle

Sekarang ni saya di CD5. Selasa lepas baru ni telah ke LPPKN. Appointment kali ini adalah preparation untuk buat IUI yang sepatutnya planning bulan lepas. First of all, Dr telah terangkan bagaimana preparation expecially penggunaan ubat2 yang terlibat. Saya diminta untuk makan Clomid 2 biji bermula malam tu dan 1 suntikan Gonal F bermula malam tadi selang sehari sehingga 20 Mac. Nurse telah pun ajar bagaimana nak buat proses suntikan. malam tadi saya telah lakukan actually taklah susah mana cuma perasaan gementar tuh memang ada menggigil2 alhamdulillah berjaya saya buat. Waktu makan ubat clomid dan suntikan Gonal F hendaklah dibuat pada waktu yang sama.

CD12 atau 21hb ni appointment Dr untuk TVS, mudahan telur membesar dan sihat seperti dirancangkan...

Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini mendapatkan zuriat. Semoga zuriat-zuriat kami sihat, sempurna sifat, soleh & solehah yang boleh menambahkan kebahagiaan kami suami isteri dan keluarga... Aku bersyukur di atas kurniaanmu ya allah.

Ameen...

Tuesday 14 February 2012

.... next cycle :(

Tajuk pun agak tidak memberangsangkan... 8hb lepas saya dah D1, petangtu saya call LPPKN untuk dapatkan app. D2-D5, namun dimaklumkan oleh asst doc telah penuh kerana 2 hari sebelum tuh adalah PH so utamakan mereka yg PE pada waktu tersebut... minta cuba lagi secara natural untuk bulan ini dan membuat app next cycle... berapa banyak next ler,,,,

Masa 2nd app doc tempoh hari sepatutnya bulan Feb ini planning untuk buat IUI namun yerlah kita merancang, tuhan telah tentukan.. mudahan bulan depan ada peluang ke arah itu.... Now dah D7, rasanya esok dah clear... mana tahu rezeki tuhan kan.. mudahan segalanya dipermudahkan.. ameen

Friday 20 January 2012

2nd Appointment

CD13, seperti yg dijadualkan saya dan en suami hadir jumpa doc untuk sesi melihat telur2 saya.. perkembangan telur sangat tidak menggalakkan yg paling beso pun 11mm. doc expect dalam 14.. to 16mm so dia suggest no treatment tunggu next cycle. so time nih time untuk cuba lagi secara natural... hanya tambah ubat clomid jer... mungkin sebab makan clomid D5-D9 tu lambat tindak balas.. wallahualam...

Mudah-mudahan usaha kami ini akan membuahkan hasil.. Ameen...

Friday 13 January 2012

1st Appointment

CD5-Rabu lepas saya dan En Suami telah pun berjumpa doc LPPKN. setelah semakan ujian darah, SA didapati kami berdua ada masalah yang mana untuk saya adalah masalah keseimbangan hormon which telur tak matang pada waktu subur.. Alhamdulillah laporan HSG ok. Doc ada bagi tau peningkatan umur membuatkan tahap kesuburan untuk wanita menurun... sedeh hokey.

So dalam sesi kaunseling dnegan doc, dijadualkan pada bulan depan saya buat IUI. Manakala untuk cycle bulan ni doc suruh saya makan pil clomid 2 bijik sehari tuk tumbesaran telur....mudahan membesarlah ia... :)

CD13-akan ke LPPKN untuk cek telur.. hendaknya berkembang dengan baikler.... Insyaallah

Tuesday 10 January 2012

Tahun Baru, Langkah Baru

Sebelum tu nak cerita... sehari semalam jenuh nak cari email dan password saya ni.. maklumlah email baru heheh

Hari ini adalah dah CD4, cycle lepad CD32 Cik P menjelma.. agak kecewa jugakla tapi yerlah dah bukan rezeki kita kan..

Just nak update, esok me & En Suami akan berjumpa Dr di LPPKN buat pertama kalinya.. rasa nervous gaklah sebab semua ujian darah, HSG, SA dah buat tunggu comment dr Dr sahaja apapun tunggu lah esok!