Friday 11 March 2016

Alhamdulillah....

Tiada ucapan selain Alhamdulillah bila keputusan Biopsi aku Negative Cancer...

Syukur, Terima Kasih Allah..

Salah satu cabang Kebahagiaan adalah mempunyai kesihatan yang baik..

Ameen....

Tuesday 8 March 2016

2 in 1

Tajuk macam something aje... yer memang something..

Kurang lebih sebulan aku makan supplement vitamin D, semalam dah ambil darah and next app on 15 akan berjumpa dgn Pn Dr, jika tiada halangan kemungkinan besar aku akan menjalani prosidur IVF dalam bulan April atau selewatnya bulan Mei Sebelum Ramadhan menjelma... hopefully...


Ini pula isu lain, sejak tahun 2014 aku memang buat medical checkup yearly dan sejak itu pemantauan kesihatan lebih fokus kepada 2 subject matter iaitu tahap kolesterol ldl aku yg tinggi up to 4, sedangkan normal only 1!!! sama dalam tempo 2 tahun dan....


keputusan ultrasound breast aku yang mempunyai banyak lumps dan cysts terus berkembang dalam tempoh 2 tahun..... 

Tahun 2016 regular check up utk ultrasound diteruskan dan hasil pemeriksaan oleh Dr pada 24 Feb lepas memaklumkan bahawa aku mempunyai 2 item yang agak luarbiasa dan menasihatkan aku untuk membuat biopsi atau sample tisu dan cecair untuk diuji sama ada berbahaya atau tidak... so Khamis ini akan berjumpa dr pakar untuk mengetahui status sample tersebut dan apakah rawatan susulan.... 

Untuk level kolesterol, belum check utk tahun ini dan atas nasihat Dr aku kena makan oat every morning and take less daging merah and seafood...

Berdoa semoga dijauhkan penyakit berbahaya dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan usaha TTC :)
Ameennn.