Masa yang ditunggu2 telahpun datang.. pagi tadi lebih kurang jam 10 pagi prosedur IUI telah pun selamat dijalankan. Alhamdulillah tak rasa tertekan atau sakit. Pada saya Prosedur HSG 5 kali lagi sakit sampai rasa nak pengsan.. So kepada rakan-rakan yang masih belum bersedia membuat IUI ayuh... apa yang penting elakkan stress. Insyaallah semoga usaha ini mendatangkan hasil dan harapan yang dinanti selama ini.
Sebenarnya saya rasa syahdu sangat lepas prosedur tu, diminta oleh nurse untuk berehat di atas katil dalam 15-20 menit, masa tu entah kenapa tiba2 airmata menitis... mungkin kerana perasaan keibuan datang menerpa, Ya Allah kubermohon semoga kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, yang sempurna sifat, yang sihat dan semoga kehadirannya menambahkan lagi seri kehidupan kami sekeluarga.. ameen...
Waiting time...... mudahan ada rezeki kami....
Thursday, 29 March 2012
Monday, 26 March 2012
Scan Time (3)
TVS pada CD16: Dev telur masih macam yang lepas slow & steady, puas dah cucuk bagai pun masih cool.. kurang bertindak balas dengan ubat. Hari ini paling besar pun 15, yang lain ada 13 dan 12... so as a result, malam ni kena kena cucuk lagi 150- gonal F, esok malam cucuk prgnyl dan insayallah Khamis ni akan buat IUI.
Mudahan di permudahkan segalanya. Usaha & Tawakal...
Mudahan di permudahkan segalanya. Usaha & Tawakal...
Friday, 23 March 2012
Scan Time (2)
Appointment ni untuk TVS CD13. Doctor bagi tau telur masih kecik lagi... alahai... sesi yang lepas 8mm, hari ini dapat 11mm setelah tambahan double dos Gonal F. Doktor kata perkembangan sangat slow...agak sedehla jugak... so Hari Senin tak boleh lagi buat IUI. Malam ni hingga Ahad cucuk lagi 150ui, senin TVS then jika saiz telur cantik barulah buat IUI hari Rabu (CD18), wahai telur2 ku membesarlah dengan cantik yer....
Penantian itu satu Penyiksaan....
Penantian itu satu Penyiksaan....
Wednesday, 21 March 2012
scan time
hari ini ke LPPKN buat scan untuk check telur. adalah sangat tak memberangsangkan telur2 itu tidak membesar seperti yg dirancangkan. so Dr mintak buat urine test tgk sama ada telur dah pecah atau tidak. sememangnya telur telur belum lagi pecah.. lagipun bari CD10. dr suh tambah lagi dos Gonal F, mulai malam ni dan esok... then jumaat buat scan, kalo ok hopefully by Senin depan akan buat IUI....
Now perut asyik cramping jer.. kesan ubat kah??
Now perut asyik cramping jer.. kesan ubat kah??
Thursday, 15 March 2012
new cycle
Sekarang ni saya di CD5. Selasa lepas baru ni telah ke LPPKN. Appointment kali ini adalah preparation untuk buat IUI yang sepatutnya planning bulan lepas. First of all, Dr telah terangkan bagaimana preparation expecially penggunaan ubat2 yang terlibat. Saya diminta untuk makan Clomid 2 biji bermula malam tu dan 1 suntikan Gonal F bermula malam tadi selang sehari sehingga 20 Mac. Nurse telah pun ajar bagaimana nak buat proses suntikan. malam tadi saya telah lakukan actually taklah susah mana cuma perasaan gementar tuh memang ada menggigil2 alhamdulillah berjaya saya buat. Waktu makan ubat clomid dan suntikan Gonal F hendaklah dibuat pada waktu yang sama.
CD12 atau 21hb ni appointment Dr untuk TVS, mudahan telur membesar dan sihat seperti dirancangkan...
Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini mendapatkan zuriat. Semoga zuriat-zuriat kami sihat, sempurna sifat, soleh & solehah yang boleh menambahkan kebahagiaan kami suami isteri dan keluarga... Aku bersyukur di atas kurniaanmu ya allah.
Ameen...
CD12 atau 21hb ni appointment Dr untuk TVS, mudahan telur membesar dan sihat seperti dirancangkan...
Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini mendapatkan zuriat. Semoga zuriat-zuriat kami sihat, sempurna sifat, soleh & solehah yang boleh menambahkan kebahagiaan kami suami isteri dan keluarga... Aku bersyukur di atas kurniaanmu ya allah.
Ameen...
Subscribe to:
Posts (Atom)