Friday, 11 March 2016

Alhamdulillah....

Tiada ucapan selain Alhamdulillah bila keputusan Biopsi aku Negative Cancer...

Syukur, Terima Kasih Allah..

Salah satu cabang Kebahagiaan adalah mempunyai kesihatan yang baik..

Ameen....

Tuesday, 8 March 2016

2 in 1

Tajuk macam something aje... yer memang something..

Kurang lebih sebulan aku makan supplement vitamin D, semalam dah ambil darah and next app on 15 akan berjumpa dgn Pn Dr, jika tiada halangan kemungkinan besar aku akan menjalani prosidur IVF dalam bulan April atau selewatnya bulan Mei Sebelum Ramadhan menjelma... hopefully...


Ini pula isu lain, sejak tahun 2014 aku memang buat medical checkup yearly dan sejak itu pemantauan kesihatan lebih fokus kepada 2 subject matter iaitu tahap kolesterol ldl aku yg tinggi up to 4, sedangkan normal only 1!!! sama dalam tempo 2 tahun dan....


keputusan ultrasound breast aku yang mempunyai banyak lumps dan cysts terus berkembang dalam tempoh 2 tahun..... 

Tahun 2016 regular check up utk ultrasound diteruskan dan hasil pemeriksaan oleh Dr pada 24 Feb lepas memaklumkan bahawa aku mempunyai 2 item yang agak luarbiasa dan menasihatkan aku untuk membuat biopsi atau sample tisu dan cecair untuk diuji sama ada berbahaya atau tidak... so Khamis ini akan berjumpa dr pakar untuk mengetahui status sample tersebut dan apakah rawatan susulan.... 

Untuk level kolesterol, belum check utk tahun ini dan atas nasihat Dr aku kena makan oat every morning and take less daging merah and seafood...

Berdoa semoga dijauhkan penyakit berbahaya dan diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan usaha TTC :)
Ameennn.


Thursday, 18 February 2016

Step By Step


Bermula 3 Jan 2016, Aku menjalani rawatan kesuburan di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Ujian Darah yang telah di buat semasa D12 menunjukkan aku kekurangan Vitamin D, Vitamin ini sangat penting ya untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan.. Rajin-rajinla berjemur pepagi dalam 20 minit setiap hari... Aku kena makan daily pil vitamin D selama sebulan atau 50 hari bergantung pada keputusan pemeriksaan darah pada D18 next cycle.

TVS juga menunjukkan aku mempunyai Rahim Terbalik (RU) dan tiub sebelah kanan agak tinggi. Namun begitu Puan Dr Maklumkan tiada masalah serius kerana banyak kes IVF berjaya walau mempunyai RU. Itu semua kuasa Allah aku redho....

Jika tiada halangan dan semuanya berjalan lancar mengikut prosidur Puan Dr, aku akan menjalani prosidur IVF sama ada pada bulan 3 atau 4 berdasarkan rangsangan telur2 aku nanti... InsyaAllah




Monday, 1 February 2016

Im Back!

Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik, terima kasih Allah.

Alhamdulillah kepada rakan2 TTC ramai yang berjaya mendapatkan zuriat, tahniah semoga menjadi parent yang baik, jagalah Anugerah Allah dengan baik....

Aku... masih lagi berusaha... andai itu takdirnya aku terima...

Semoga tahun ini memberi sinar harapan dan menjadi tahun yang baik lagi barakah buat kita semua...

Wassalam