Salam,
Terciptanya blog ini adalah untuk memberi inspirasi kepada saya. Dhia bukan nama sebenar, tersuka plak nama tuh sejak drama Tentang Dhia.
Saya dan Suami kini berusaha untuk mendapatkan zuriat di mana pertamakalinya mulai Nov. 2011 & secara serius bersedia untuk membuat rawatan kesuburan. Sebelum ini pada tahun 2009 pernah juga melalui fasa rawatan kesuburan di klink swasta dan telah berhenti mendapatkan rawatan kerana pada masa itu agaknya belum benar2 bersedia dan juga kekangan masa.
Terima kasih kepada Suami kerana bersetuju untuk bersama-sama mengharungi detik-detik langkah baru berusaha untuk mendapatkan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Di sini juga kami bermohon padaMu Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Kami redha atas segala ketentuanMu Tuhan.
Mudahan blog ini juga menjadi panduan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti saya. Kami telah mematrikan ikatan perkahwinan pada 27/10/2007 iaitu lebih kurang 4 tahun 2 bulan. Saya tidak pernah mengandung atau gugur sebelum ini. Terlalu ingin mempunyai anak sendiri... InsyaAllah dipermudahkan olehNya.... Ameen.
No comments:
Post a Comment