Friday, 29 June 2012

CD14

Rabu: 27 Jun:@ 10.00 pagi, Appointment untuk CD14, seperti kitaran sebelum ni... dah dijangka juga telur saya masih belum besar... doktor kata dia nak atleast 19mm tapi masa scan hari tuh semua bawah 17 satu jer 18mm. so hari ini seperti yang dijadualkan IUI tidak boleh diteruskan dan IUI akan dibuat pada hari Isnin minggu depan iaitu 2 Julai 2012.

Kepada yang mengikuti blog saya (ada ke ehheh), mohon dokan IUI saya pada hari Isnin ini berjaya membuahkan hasil.... InsyaAllah..

Tuesday, 26 June 2012

Lembaran kedua...

Hai... Maaf  agak lama menyepi bukan merajuk tapi tiada aktiviti yang bagus untuk dikongsi... Bulan Mac kami telah buat IUI tetapi tidak berjaya.. kami berehat  untuk dua bulan... then this cycle kami teruskan untuk 2nd IUI. Esok ada appointment untuk lihat perkembangan telur-telur saya. masa D12, 25 Jun, telur masih kecil2 lagi paling besar pun 18mm x 9mm. So doktor tambah lagi ubat Gonal F. Jika keadaan telur ok.. Jumaat ini kami akan jalanai prosedur IUI. Expectation.. mudahan ada rezeki kami... InsyaAllah....